BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday, 14 November 2011

10 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham



KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Tulisan : Alzahrin Alias (Berita Harian 05/Feb/2011)

Friday, 14 October 2011

Malwarebytes' Anti-Malware v1.50.1.1100 x86-x64 Silent Installs.

 Salam, hari ni aku nak share 1 software penting untuk mengatasi masalah serangan Malware. Malware adalah singkatan daripada Malicious Software.. Kadang-kadang time korang tengah surf internet, tiba-tiba pop out window cakap, korang punya komputer kene virus, dan die suruh SCAN.. korang pun click Scan.. Automatic die akan install kat komputer korang.. Ini adalah contoh daripada serangan Malware yang antivirus pun kadang-kadang tak boleh nak cure.


Selain daripada virus, Malware adalah merupakan satu ancaman terbesar pada pengguna yang menggunakan internet. Ia boleh hijack korang punya browser, track website yang korang dah visit, dan program die boleh melambatkan system computer dan menyebabkan ketidakstabilan. Aku dulu penah kena, tiba-tiba je gadget kat tepi windows aku semua blank, habis semua ikhtiar aku buat.. Sekali rupanya scan dengan Software Malwarebytes ni, settle.. So, aku rasa software ni penting untuk korang selain daripada antivirus, supaya sistem pertahanan komputer korang lebih mantap.. hehe..


So ape tunggu lagi, cepat-cepat la download..


Key Features:
- Support for Windows 2000, XP, Vista, and 7 (32-bit and 64-bit).
- Light speed quick scanning.
- Ability to perform full scans for all drives.
- Malwarebytes' Anti-Malware Protection Module. (requires registration)
- Database updates released daily.

- Quarantine to hold threats and restore them at your convenience.
- Ignore list for both the scanner and Protection Module.
- Settings to enhance your Malwarebytes' Anti-Malware performance.
- A small list of extra utilities to help remove malware manually.
- Multi-lingual support.
- Works together with other anti-malware utilities.
- Command line support for quick scanning.
- Context menu integration to scan files on demand.



Download









Tuesday, 11 October 2011

dosa-dosa besar..



Bismillahirrahmanirrahim…..
Setiap hari hidup kita tidak akan terlepas dari catatan malaikat yang sentiasa mengawasi kita. Firman Allah:

Dan sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat yang mengawasi (pekerjaanmu).  Yang mulia (disisi Allah}) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan” [Al-Infitar: 10-12].
Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:
1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar di baju (bila solat)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap yang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10.Bersidat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan RasulNya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (seagama sejenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan solat lima waktu
25. Meninggalkan solat jumaat
26. Menderhaka kepada ibu bapa
27. Memutuskan hubungan silaturahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan yang haram
31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baik
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Menganggu orang lain
52. Menganggu tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Meningkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Sombong serta angkuh
62. Sembelih untuk selain Allah
63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak haji jika mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita menyerupai lelaki
Dipetik dari group FB Oh! Islam (Islam Itu Indah dan Mudah).
Wallahualam…..

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yang salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Monday, 10 October 2011

Opick-Rapuh with lyrics

-SELAMAT DATANG-

tunjuk ajar ku sifu...